Kenali Kepentingan Laman Web Bagi Organisasi Anda
Khusus buat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) diluar sana yang ingin meningkatkan kredibiliti & kepercayaan orang ramai terhadap organisasi mereka dengan membangunkan sebuah Laman web.
Apa yang membezakan kami dengan agensi lain
Kami komited untuk memberikan impak positif kepada dunia dengan mempromosikan pembangunan lestari, keadilan sosial & hak asasi manusia.
Kami menawarkan pelbagai produk & perkhidmatan yang direka khas untuk menyokong misi anda & kami memberikan pilihan yang berkualiti tinggi & berpatutan untuk individu, perniagaan & organisasi yang berkongsi nilai-nilai kami.
-
Meningkatkan Kesedaran
Dengan mempunyai laman web, NGO dapat meningkatkan kesedaran tentang isu-isu yang dipromosikan & menyediakan maklumat yang berkaitan. Laman web dapat menjadi platform bagi NGO untuk berkongsi maklumat tentang misi, program, kejayaan & halangan.
-
Menjangkau Sasaran
Laman web membolehkan NGO menjangkau kumpulan sasaran yang lebih luas, termasuk penderma baru, penyokong & potensi penaja. Laman web juga memberikan akses mudah kepada maklumat & perkhidmatan yang diberikan oleh NGO kepada orang yang memerlukannya.
-
Pengurangan Kos
Laman web dapat membantu NGO mengurangkan kos dengan memudahkan proses pengurusan data, komunikasi & pengumpulan sumbangan. Melalui laman web, NGO juga boleh mengurangkan kos cetakan & penghantaran kertas dengan memberikan maklumat dalam talian.
Pelan Pembangunan Laman Web yang Berjaya
Ianya telah terbukti! Kami membantu Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dalam meningkatkan kredibiliti & kualiti mereka sebagai sebuah organisasi. Dengan kepercayaan yang diberikan kami telah membantu mereka menjalinkan hubungan dengan penyokong serta meningkatkan keterlibatan masyarakat dengan menyediakan platform interaktif untuk mengumpul data. Ini dapat membantu NGO melaksanakan misi mereka dengan lebih efektif.
NGO yang meletakkan kepercayaan pada kami
Membuat Perbezaan Melalui Tindakan Kita Bersama
Bergabung dengan kami. Dengan adanya platform laman web ini sesebuah organisasi NGO dapat meningkatkan keberkesanan mereka dalam mencapai matlamat & tujuan misi & visi mereka untuk membantu mereka yang memerlukan di luar sana.
