Langkau ke kandungan

Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2023

Web Impian Sdn Bhd menerima Certificate of Merit di Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2023, dalam kategori perniagaan dengan perolehan jualan sehingga RM25 juta.

Star Outstanding Business Awards (SOBA) merupakan acara tahunan yang mengiktiraf perniagaan di atas sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia. Perniagaan dinilai berdasarkan prosedur operasi mereka, kebolehsuaian, keuntungan & kesan alam sekitar.

Objektif pengiktirafan ini adalah :

  1. Mengiktiraf sumbangan luar biasa kepada ekonomi
  2. Menggalakkan pembangunan & pertumbuhan tempatan
  3. Memberi inspirasi kepada perniagaan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi
  4. Menyelahkan perniagaan yang membantu pertumbuhan komuniti
  5. Memberi liputan perniagaan tempatan di pentas global

Terdapat dua kategori pengiktirafan iaitu:

  1. Perniagaan dengan perolehan jualan sehingga RM25 juta
  2. Perniagaan dengan perolehan jualan melebihi RM25 juta.
Sijil Certificate of Merit SOBA 2023, kategori sehingga RM25 juta, untuk Web Impian Sdn Bhd