Langkau ke kandungan

Penarafan Daya Saing PMKS untuk Peningkatan (SCORE)

SCORE merupakan alat diagnostik yang memberikan penarafan bintang sebagai pengukur tahap prestasi daya saing PKS berasaskan tujuh parameter penilaian seperti keupayaan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan & penerapan teknologi, pensijilan & kedudukan pasaran.

Penilaian rintis telah dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan untuk mengukur keberkesanan bantuan-bantuan geran yang telah diterima syarikat dalam meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Sejak itu, penilaian SCORE telah diterima oleh pelbagai sub-sektor di Malaysia sebagai pengukur tahap daya saing & keupayaan syarikat-syarikat di peringkat firma. SCORE juga telah digunakan dalam pelaksanaan sesi padanan perniagaan untuk akses pasaran yang lebih baik & juga sebagai petunjuk awal bagi tujuan akses kepada pembiayaan.

Web Impian Sdn Bhd telah mendapat penarafan 3.5 bintang daripada pihak SME Corp.

Penarafan SCORE SME Corp Malaysia: 3.5 bintang untuk Web Impian