Soalan Lazim
Berikut merupakan soalan yang kebiasaan diterima berkaitan dengan servis yang kami tawarkan. Sekiranya persoalan anda tidak terjawab dari senarai soalan lazim dibawah, boleh hubungi kami di pautan halaman Hubungi.
Umum
Berapakah harga untuk membuat laman web?
Harga bermula dari RM3,000-RM5,000, ianya bergantung kepada spesifikasi laman web yang akan dibina. Harga akhir biasanya dapat diputuskan selepas perbincangan terperinci diadakan.
Perbincangan terperinci akan diadakan menerusi WhatsApp, Zoom ataupun meeting di pejabat.
Berapa lamakah tempoh diperlukan untuk membina laman web?
2-3 minggu dari pembayaran deposit. Namun timeline ini bergantung juga kepada bahan-bahan yang disediakan oleh klien. Kerjasama daripada kedua-dua belah pihak amat penting.
Adakah pihak LamanWeb menggunakan platform pembangunan laman web yang mudah untuk saya uruskan?
Ya. Kami menggunakan CMS WordPress & Elementor untuk membangunakan laman web tuan puan. Platform ini boleh dikatakan antara yang paling user-friendly terutamanya kepada golongan non-technical.
Bagaimana untuk bermula jika saya berminat?
Tuan puan boleh hubungi team kami di halaman Hubungi ini.
Pihak kami akan adakan sedikit soal selidik berkenaan requirement laman web yang tuan puan perlukan. Untuk lihat proses gerak kerja kami, boleh ke halaman Proses.
Secara amnya, terdapat 6 fasa utama yang akan terlibat.
Jualan & Sokongan
Adakah domain & hosting termasuk dalam pakej?
Ya. Domain & hosting adalah percuma untuk tahun pertama. Untuk tahun berikutnya, tuan puan perlu membayar mengikut pakej langganan semasa.
Pihak customer support kami akan selalu engage dengan pihak klien mengenai renewal domain & hosting, jadi ianya tidak akan expired dengan sia-sia.
Adakah team LamanWeb akan uruskan juga bahagian pemasaran laman web?
Tidak. Untuk pemasaran website kami tidak uruskan. Tanggungjawab pihak kami cuma pada bahagian integrasi teknikal bagi platform pemasaran seperti Google Ads & Meta (Facebook) Pixel.
Kami juga ada sediakan platform blasting SMS & emel (akaun percuma akan diberikan kepada klien LamanWeb).
Bagi niche yang berkaitan makanan, sukan, home decoration & beberapa niche terpilih, tuan puan boleh ke website Daily Media.
Adakah saya perlu membayar deposit untuk pembinaan laman web?
Ya. Sebelum kerja-kerja pembinaan laman web bermula, tuan puan perlu membuat bayaran deposit sebanyak 50% terlebih dahulu sebagai tanda setuju. Baki 50% lagi boleh dibayar selepas laman web disiapkan.
Bolehkan saya menggunakan hosting saya sendiri?
Boleh. Cuma kami amat-amat sarankan untuk menggunakan hosting dari kami untuk memudahkan proses troubleshooting jika berlaku isu berkaitan hosting.
Pengurusan Projek
Apa yang perlu saya sediakan kepada team LamanWeb sebelum kerja-kerja pembinaan boleh bermula?
- Domain name
- Akses kepada hosting (jika tidak menggunakan hosting daripada kami)
- Material-material seperti copywriting, gambar-gambar produk & butiran produk untuk dimasukkan ke laman web. Senarai checklist akan disediakan.
- Jika ianya laman web korporat, file PDF profile company amat membantu pihak development untuk memahami secara overall nature perniagaan tuan puan.
Adakah latihan akan diberikan kepada saya untuk menguruskan website saya sendiri?
Ya. Kami akan setkan sesi handover teknikal melalui Zoom untuk mengajar cara menguruskan website tuan puan.
Bagaimana saya boleh menambah atau mengubah kandungan di dalam laman web saya selepas ianya siap?
Kami akan menyediakan salinan PDF manual pengurusan untuk rujukan pihak tuan puan. Manual ini akan menyentuh topik-topik yang penting sahaja dalam menguruskan laman web.
Adakah saya boleh request team LamanWeb membuat perubahan pada website selepas ianya siap? Adakah melibatkan bayaran tambahan?
Secara amnya perubahan di website boleh dibahagikan kepada perubahan minor & major.
Bagi perubahan yang minor, pihak kami masih boleh assist pihak klien. Namun jika perubahan itu agak major, invoice yang bersesuaian dengan kerja-kerja terlibat akan dikeluarkan oleh team billing kami.
Teknikal
Adakah saya akan mendapat akses penuh kepada laman web?
Ya. Kami akan berikan kesemua maklumat akses kepada tuan puan setelah selesai – termasuk akses SFTP, Plesk & juga WordPress admin.
Adakah pakej servis penyelenggaraan ada disediakan?
Kami ada menyediakan servis penyelenggaraan website selepas tamat tempoh waranti percuma 2 bulan. Selepas itu tuan puan boleh melanggan pakej LamanWeb Support kami.
Terdapat pakej secara one-off & juga pakej selenggara bulanan & tahunan.
Adakah pihak LamanWeb ada sediakan sistem payment gateway untuk website e-commerce?
Ya. Kami ada sediakan sistem pembayaran atas talian untuk digunakan di laman web e-commerce tuan puan. Boleh layari maklumat lanjut di Bayarcash.com.
Jika terdapat isu di laman web saya, adakah team LamanWeb akan bantu selesaikan?
Jika laman web masih dalam tempoh waranti, pihak kami akan bantu untuk selesaikan isu yang berlaku. Namun jika isu tersebut datang dari pemasangan plugin dari pihak ketiga (atau pihak tuan puan sendiri), kami akan hantarkan invois untuk tugasan troubleshooting isu tersebut.
Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami
Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.
