Langkau ke kandungan
Senarai Portfolio

E-commerce · Fesyen

Arrawda

Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.

Tentang projek

Arrawda merupakan jenama tudung instant yang terkenal di kalangan wanita muslimah yang mementingkan kualiti serta keselesaan. Tidak hanya tudung, jenama ini turut tawarkan rangkaian jubah & kurta eksklusif dengan sentuhan moden.

Jenama ini tidak asing lagi di platform media sosial seperti Facebook & Instagram. Jadi, mereka mengambil langkah untuk membuka website e-commerce bagi mencapai lebih ramai pelanggan.

Team kami telah diminta untuk menghasilkan sebuah laman web yang membolehkan jenama ini beralih daripada perniagaan di media sosial ke website.

Selain dapat menyerlahkan identiti & reputasi jenama secara online, Arrawda juga ingin miliki website yang mampu mencipta suasana membeli-belah yang selesa & mesra buat pencinta fesyen muslim & muslimah.

Layout website yang tersusun membolehkan Arrawda untuk memaparkan koleksi jenama secara lebih detail & menarik kepada pelanggan.

Pelanggan juga lebih mudah untuk mencari koleksi pakaian serta hijab mengikut kategori di laman web.

Platform:
WooCommerce, WordPress
Jenis Laman Web:
Niche:

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami

Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.

  • Tuan ZaidanD'Maras Development
  • Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission

Langkah seterusnya

Mahu laman web seperti Arrawda?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.