Langkau ke kandungan
Senarai Portfolio

Korporat · Pembinaan

D’Maras Development

Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.

Tentang projek

Dengan pengalaman selama 17 tahun dalam industri, D’Maras Development komited untuk menawarkan rumah idaman kepada rakyat Kelantan & Terengganu.

D’Maras Development telah menugaskan team kami untuk membina sebuah website korporat bagi meningkatkan brand awareness secara atas talian di samping memperkenalkan perkhidmatan serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan.

Antara produk utama yang difokuskan dalam laman web ini adalah Pakej & Pelan Rumah.

Dengan butang yang tersedia di bahagian atas laman utama, kedua-dua produk ini telah disusun mengikut kategori dengan visual & copywriting yang jelas untuk rujukan pelanggan.

Laman web ini juga menawarkan Kalkulator bagi memudahkan pelanggan membuat kiraan bajet untuk pembinaan rumah.

Selain paparan testimoni berbentuk video untuk membina kepercayaan pelanggan, D’Maras Development turut memaparkan senarai projek-projek rumah yang sudah disempurnakan menerusi Portfolio Projek Siap.

Ini bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi D’Maras sebagai syarikat pembinaan yang dipercayai, malah perkongsian portfolio ini dapat memberi idea kepada pelanggan yang ingin menghasilkan rekaan rumah yang bersesuaian dengan keluasan tanah.

Platform:
WordPress
Jenis Laman Web:
Niche:

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami

Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.

  • Tuan ZaidanD'Maras Development
  • Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission

Langkah seterusnya

Mahu laman web seperti D’Maras Development?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.