Korporat · Pemakanan
KBB Burger & Steak
Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.
Tentang projek
KBB Burger & Steak merupakan rangkaian restoran terkenal di Pantai Timur dalam menyajikan aneka hidangan steak serta burger.
Team kami telah ditugaskan untuk membina website KBB bagi menguatkan brand awareness serta memperkenalkan produk mereka secara lebih meluas kepada pelanggan.
Bukan sahaja direka dengan struktur yang kemas & cantik, malah ia juga dicipta dengan navigasi ringkas untuk kemudahan pelanggan.
Selain meningkatkan aliran trafik ke website, KBB juga berhasrat untuk memindahkan bisnes mereka dari Blogspot ke WordPress bagi mengukuhkan lagi jenama mereka secara online.
Pelbagai maklumat mengenai restoran serta senarai menu ditawarkan di website bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.
KBB Burger & Steak turut memanfaatkan website untuk mendedahkan kepada pelanggan mengenai jenis potongan steak & tahap kematangan. Dengan maklumat yang ditawarkan, pasti pelanggan dapat nikmati pengalaman makan dengan lebih baik sesuai dengan citarasa masingmasing.
Team kami turut membantu jenama ini dalam mengatur laman web agar setiap halaman dapat diakses dengan lancar menggunakan telefon bimbit.
Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami
Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.
Tuan ZaidanD'Maras Development
Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission
Langkah seterusnya
Mahu laman web seperti KBB Burger & Steak?
Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.




