Langkau ke kandungan
Senarai Portfolio

E-commerce, Korporat · Pelaburan, Sektor Kerajaan

Kelantan Gold Trade (KGT)

Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.

Tentang projek

Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGTSB) merupakan syarikat simpanan emas & perak terkemuka di Kelantan yang diasaskan oleh Almarhum YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk memperkenalkan harga terkini dinar, dirham, wafer emas serta belian balik pada harga yang tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

KGTSB telah meminta bantuan team kami untuk menambah baik website e-commerce yang sedia ada dengan memperkenalkan konsep penyimpanan emas khususnya kepada rakyat Kelantan.

Pelanggan boleh memilih produk & membuat pembelian di atas talian dengan mudah melalui button “D&D Shop” yang tersedia di bahagian atas laman utama.

Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh mendapatkan informasi terperinci mengenai latar belakang syarikat dengan lebih lanjut menerusi laman “Tentang Kami”.

Team kami turut membantu KGTSB untuk mempromosikan & sekaligus memautkan aplikasi rasmi mereka yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store atau Apple App Store.

Ini juga merupakan salah satu strategi KGTSB untuk tingkatkan brand awareness secara atas talian.

Platform:
WooCommerce, WordPress
Jenis Laman Web:

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami

Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.

  • Tuan ZaidanD'Maras Development
  • Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission

Langkah seterusnya

Mahu laman web seperti Kelantan Gold Trade (KGT)?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.