Langkau ke kandungan
Senarai Portfolio

E-commerce, Korporat · Sumbangan

Nak Qurban

Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.

Tentang projek

Global Peace Mission (GPM) Malaysia merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana, kemiskinan & peperangan.

Dipercayai lebih 10,000 peserta, GPM Malaysia turut melaksakanan program qurban di 21 buah negara.

Bagi menguruskan penyertaan qurban, GPM Malaysia telah meminta team kami untuk membangunkan sebuah website khas bagi tujuan tersebut.

Disusun kepada empat kategori berdasarkan harga, pelanggan boleh melihat pakej-pakej qurban yang ditawarkan dengan klik pada butang CTA yang disediakan.

Peserta yang pernah menyertai qurban bersama GPM Malaysia mulai 2020 juga boleh menyemak Rekod Qurban di laman web ini.

Bagi pengunjung yang ingin mendaftar qurban buat pertama kali, mereka boleh merujuk kepada Langkah Pendaftaran & senarai Soalan Lazim yang disediakan di bahagian bawah laman utama.

Pada masa yang sama, laman web ini turut menekankan kelebihan qurban bersama GPM Malaysia bagi meningkatkan reputasi mereka sebagai NGO yang dipercayai.

Untuk meningkatkan keyakinan pelanggan, kami juga membantu GPM Malaysia untuk memaparkan testimoni peserta serta imej aktiviti & penyerahan daging qurban di laman utama.

Di samping itu, GPM Malaysia turut memanfaatkan website ini untuk kegunaan ejen qurban serta pendaftaran ahli baharu.

Platform:
WooCommerce, WordPress
Jenis Laman Web:
Niche:

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami

Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.

  • Tuan ZaidanD'Maras Development
  • Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission

Langkah seterusnya

Mahu laman web seperti Nak Qurban?

Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.