Tentang projek
Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) bagi membangunkan sebuah website yang berfokus kepada sumbangan derma.
Berpegang kepada motto Light of Hope, KHOM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam menjalankan misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan golongan yang terkesan akibat bencana, kemiskinan, serta peperangan.
Bagi meningkatkan reputasi KHOM sebagai NGO yang dipercayai, kami telah menyertakan statistik penting di laman utama seperti jumlah penerima, bilangan misi kemanusiaan yang berjaya dilaksanakan serta jumlah negara yang telah mendapat bantuan.
Pengunjung laman web diberi pilihan untuk menyalurkan derma secara one-off mengikut kategori kempen yang ingin mereka sokong.
Setiap kempen pula dipaparkan dengan target dana serta tempoh kutipan untuk makluman penderma.
Butang Call-To-Action (CTA) turut disediakan bagi memudahkan penderma membuat sumbangan secara atas talian.
Bagi penderma yang ingin menyalurkan sumbangan secara konsisten, pilihan sumbangan bulanan atau Monthly Donation turut disediakan di laman web ini.
- Platform:
- WordPress
- Niche:
Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami
Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.
Tuan ZaidanD'Maras Development
Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission
Langkah seterusnya
Mahu laman web seperti KHOM (Donation)?
Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.
