E-commerce · Agensi Perlancongan
TY Hotel
Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.
Tentang projek
TY Hotel tidak hanya menawarkan penginapan selesa & serba lengkap, malah hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti sewaan dewan & pakej hidangan.
Team kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu website e-commerce bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan bilik melalui atas talian.
Hotel yang terletak di Kuala Terengganu ini telah memanfaatkan website dengan mempromosikan pelbagai perkhidmatan pada harga istimewa menerusi feature “Special Deals & Promotions”.
Butiran lengkap mengenai perkhidmatan seperti pakej hidangan, pakej penginapan, jenis bilik serta sewaan dewan telah disertakan bersama harga bagi memudahkan rujukan pelanggan.
Tidak hanya itu, butang “Check Availability” juga disediakan bagi mendorong pelanggan membuat tempahan di website.
Dengan bantuan daripada team kami, TY Hotel kini mampu menawarkan akses laman web kepada pelanggan menerusi telefon pintar.
Jadi, pelanggan boleh membuat tempahan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.
Selain berkongsikan maklumat lanjut mengenai hotel seperti nombor telefon, peta & lokasi, laman web dengan ciri user-friendly ini turut menawarkan informasi khusus untuk pelancong seperti tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar Kuala Terengganu.
- Platform:
- WooCommerce, WordPress
- Jenis Laman Web:
- Niche:
- Website:
- tyhotel.com.my (tetingkap baharu)
Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami
Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.
Tuan ZaidanD'Maras Development
Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission
Langkah seterusnya
Mahu laman web seperti TY Hotel?
Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.
