E-commerce · Teknologi
Zener Official
Skrol dalam bingkai untuk melihat seluruh halaman.
Tentang projek
Menawarkan pelbagai koleksi telefon pintar dengan harga yang berpatutan, Zener Official kini menjadi salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan pencinta gadget.
Team kami telah membantu Zener Official untuk bangunkan satu website ecommerce yang turut berfungsi untuk berkongsi maklumat kepada pengguna.
Ini terbukti apabila paparan blog dijadikan sebagai tarikan di laman utama bagi menyalurkan tips serta perkembangan semasa berkaitan teknologi & peranti terkini.
Pada masa yang sama, team kami turut membantu Zener Official untuk tingkatkan brand awareness dengan memautkan video serta pautan ke laman Youtube serta Facebook mereka.
Pelanggan juga diberi pilihan untuk memilih jenis telefon yang diidamkan dengan mudah apabila terdapat variasi penjualan telefon yang ditawarkan di bahagian atas laman utama.
Pelanggan juga boleh memilih telefon pintar idaman dengan mengikut kategori jenama popular yang ditawarkan pada bahagian atas laman utama.
Secara tidak langsung, kedudukan features ini sangatlah strategik & memainkan peranan penting supaya pelanggan dapat membeli dengan lebih mudah di website.
Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan maklumat terbaru seperti promosi ataupun diskaun dari Zener Official, mereka boleh mengisi maklumat di bahagian “Subscribe Newsletter”.
Selain itu, website ini turut disertakan dengan ciri ‘pop-up’ Messenger untuk pelanggan yang mempunyai sebarang aduan ataupun pertanyaan. Features ini sekaligus membuktikan komitmen Zener Official dalam menawarkan pengalaman membeli-belah terbaik buat pelanggan.
- Platform:
- WooCommerce, WordPress
- Jenis Laman Web:
- Niche:
- Website:
- zenerofficial.com (tetingkap baharu)
Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kami
Berpengalaman lebih 16 tahun dalam pembinaan website, kami telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal di Malaysia.
Tuan ZaidanD'Maras Development
Cik RosatiqaMuslim Volunteer Malaysia (MVM)
Puan Nik MarinaKarisma Humanitarian Outereach Mission
Langkah seterusnya
Mahu laman web seperti Zener Official?
Ceritakan keperluan anda & pasukan kami akan menghubungi anda.
